Aril lagik! Boring! Boring! Borriiinnng! Aril dan abangnya, Izwan Pilus menghadiahkan kek coklat buat ibu mereka sempena Hari Ibu.
(Gambar) Aril lagi! Bersama ibu pula…
Zaleha Hamid sudah pulih dari penyakit
Ingat lagi tak Zaleha Hamid, sebelum ini beliau pernah keluar di Melodi, TV3 (— penulis tidak ingat Melodi episod keberapa). Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gadis Zaman Sekarang, Joget Lama Tak Jumpa dan Jangan Tenung-Tenung berdepan dengan ujian hidup apabila menderita penyakit ketumbuhan batu dalam hempedu sejak setahun lalu.
Selepas menjalani pembedahan hampir tujuh jam untuk mengeluarkan tiga biji batu sebesar guli dalam hempedu pada 27 Februari lalu, penyanyi veteran dangdut, Zaleha Hamid, 53, kini menunjukkan perubahan positif apabila tahap kesihatannya semakin baik dan memberangsangkan.
“Dulu, ketika penyakit ini mula dikesan. Saya rasa sakit di ulu hati sehingga sukar bernafas. Bertambah teruk., apabila rasa sakit terus melarat hingga ke bahagian belakang badan dan akhimya menyebabkan saya tidak larat berjalan,” katanya.
“Ketika zaman 70-an, saya menjalani pembedahan apendiks dan ini menyebabkan makanan yang tidak hancur terus memasuki saluran hempedu.
“Keadaan menjadi parah apabila makanan yang tidak hancur membentuk beberapa ketulan batu dalam hempedu membuatkan saya merasa sakit teramat sangat,” katanya.
(Gambar) Kumpulan Hujan
Pemakaian tudung Sheila Rusly
Penulis agak terpaku sebentar melihat gambar ini. Walaupun gambar Sheila Rusly ini lengkap bertudung tetapi kenapa tudung yang digayakan itu tidak menutup sekali ruang di’dadanya itu? Ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi negatif buatnya tambahan pula dia mendadakan badannya itu malah bukankah agak ketat ukur lilit di’bahagian dadanya itu?
Noryn Aziz Tanpa Make-Up (2 Gambar)
(Gambar) Dr. Fazley, isteri, anak dan ibunya
Gambar Dr. Fazley bersama isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz dan anaknya (— lupa namanya) ditemani ibunya, Umi Kalsom.
(Gambar) Liyana Jasmay bersama ibunya sempena Hari Ibu
Siapa Liyana Jasmay? Beliau mula berjinak dengan dunia seni apabila muncul kali pertama dalam filem Castello arahan Bade Azmi menerusi watak Phim, anak kepada pasangan suami isteri lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira. Namanya mula melonjak menerusi filem Kami The Movie dan Histeria.

CAK: apa nak jadi
Ada sesiapa dapat hint siapakah artis ini? Marilah berkongsi bersama kami.
SABAN hari, ada saja kiriman e-mel yang dihantar pembaca setia CAK. Selain berkaitan tugas kerja CAK, talian sesawang CAK tak terkecuali menerima gambar sensasi yang membabitkan selebriti tempatan.
Apa yang cuba CAK paparkan bukan niat untuk mengaibkan, sebaliknya dengan harapan ia menjadi teladan dan sempadan buat kita semua, lebih-lebih lagi golongan ternama yang sering dipandang sebagai ‘role model’ masyarakat.
Macam yang CAK paparkan dalam ruangan ini hari ini. Seorang lagi selebriti yang tak kurang popular berani beraksi ‘panas’. Pada mata kasar CAK, ini bukan lagi gambar ‘super-imposed’ seperti yang selalu dijadikan alasan artis kita sebelum ini.
Bagaimanapun, mungkin ada yang lebih pakar menilai keaslian gambar ini termasuk gambar tanpa seurat benang. Beberapa keping gambar yang dipercayai pengacara sebuah program wanita yang CAK terima. Nilailah sendiri!
Sumber: Harian Metro
(AFMASUK) Sah! Aril masuk kembali
Konsert Akademi Fantasia musim ke-7 minggu ke-9 sebentar tadi mengumumkan bahawa tiada penyingkiran yang dibuat antara keempat-empat pelajar yang masih tinggal iaitu Hafiz, Isma, Yazid dan Akim. Namun, AC Mizal sebagai host rancangan tersebut telah mengumumkan kemasukan Aril melalui AFMASUK yang di’pakai oleh pengetua Akademi Fantasia ke-7, Tiara Jacqueline pada konset minggu ke-8 yang lepas.
Bertambah lagi keyakinan penulis serta penonton-penonton bahawa sememangnya rancangan musim ini telah dirancang pihak Astro. Merujuk kepada entri “Penyingkiran Aishah dan Claudia sudah dirancang!“, walaupun Aril berperangai degik dan poyo di’dalam diari tapi dia juga merupakan salah satu anak emas Astro sebab itu ramai dapat menjangka kemasukan Aril melalui AFMASUK.
Kepada penonton yang sibuk membuat undian SMS diluar sana. Walaupun, minggu hadapan merupakan kemuncaknya konsert Akademi Fantasia, kita sudah menjangka siapa yang juara. Hentikan undian SMS anda, jangan merugikan duit anda. Di’bawah adalah ramalan penulis untuk konsert pada minggu hadapan, jika ramalan penulis ini benar maka penulis akan menyampah untuk menonton Akademi Fantasia pada musim yang seterusnya. Transformasi! Transformasi punggung saya.
1. Hafiz
2. Isma
3. Aril
4. Yazid
5. Akim
(Gambar) Misha Omar bersama anak angkatnya, Muhammad Adam Emir
Anak comel yang bergambar bersama Misha Omar ini bernama Muhammad Adam Emir. Dia adalah anak angkat kepada Misha Omar. Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha berusia 27 tahun dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Kota Baru, Kelantan. Mula aktif dalam bidang nyanyian bermula pada tahun 2001.








Nak Lagi Gambar Lain?